MAKNA LAFAZ HUWA (هو) DI DALAM AL-QUR'AN
RUMAH-MUSLIMIN.COM - Kalimah atau lafaz “Huwa” disebut di dalam Al-Quran sebanyak 481 dan kebanyakannya - iaitu sebanyak 295 kali - adalah kembali merujuk kepada Allah, iaitu sebanyak 61.3%.
Maka tidak hairanlah jika sebahagian para ulama’ menyatakan bahawa lafaz “هو” adalah salah satu daripada nama-nama Allah, bahkan sebahagian mereka menyatakan bahawa ia adalah Nama Allah Yang Maha Agong (اسم الله الأعظم ) berdasarkan hadith di dalam bab ini.
$ads={1}
Ayat pertama yang menggunakan “هو" bagi merujuk kepada Allah ialah ayat 29, surah Al-Baqarah:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيْعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ (29) البقرة
Dan ayat yang terakhir ialah ayat pertama dalam Surah Al-Ikhlas (Tawhid):
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) الإخلاص
Bahkan dalam wirid para ulama’ Melayu kita pun banyak disebutkan:
يا هو
Maka orang yang mengejek2 kalimah “Huwa” atau “Hu” sebagai bunyi salakan anjing - untuk mengejek para ulama’ dan umat Islam yang berzikir dengan lafaz “Hu” - maka sebaik-baiknya:
- Bertaubat
- Istighfar
- Mengucap dua kalimah Syahadah
Mengapa perlu jadi “biadap” sehingga boleh membawa kepada kerosakan akidah?!
Semoga Bermanfaat
Demikian Artikel " Makna Lafaz Huwa (هو) Di Dalam Al-Qur'an "
Semoga Bermanfaat
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jamaah -