HUKUM MEMBACA AL-QUR'AN DAN MENGHATAMKAN DI SISI KUBUR MAYIT
RUMAH-MUSLIMIN.COM - Salah seorang tokoh wanita fiqh mazhab Syafie di zaman ini, murid kepada al-Marḥūm al-Shaykh ʿAbd al-Karīm al-Rifāʿī (w.1393H/1973M) dan para ulama’ Syria, al-Shaykhah al-Ḥājjah Durriyah Al-ʿĪṭah (w.1437H/2015M) menyebut di dalam kitabnya “Fiqh al-ʿIbādāt ʿalā al-Madzhab al-Shāfiʿī” (Fiqh Ibadat Berdasarkan Mazhab Shafie)*, muka surat: 313:
يسن أن يقف جماعة بعد دفنه يدعون للميت ويستغفرون له ويقرؤون عنده شيئا من القرآن، وختمه أفضل، ويسألون الله له التثبيت لما روى عثمان رضي الله عنه قال: ((كَانَ النَّبِيُّ ق: إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ قَالَ: اسْتَغْفِرُوا لِمَيِّتِكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ ))
“Disunatkan agar sekumpulan jamaah [yang hadir] kekal berada selepas pengebumian si mati untuk:
(i) Berdoa buat si mati;
(ii) Beristighfar untuknya; dan
(iii) Membaca sebahagian daripada Al-Quran di sisi kuburnya, dan sekiranya [Al-Quran itu] dikhatamkan, ia lebih afdal; dan
(iv) Memohon daripada Allah (berdoa) keteguhan (tathbīt) buatnya [bagi menghadapi soal jawab kubur].
$ads={1}
Ini adalah berdasarkan riwayat Saidina ‘Uthmān رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:
“Apabila Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ selesai daripada pengebumian si mati, maka Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berdiri di sisi kuburnya dan bersabda:
(( اسْتَغْفِرُوا لِمَيِّتِكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ ))
“Beristighfarlah bagi si mati kamu ini, dan pohonlah daripada Allah baginya keteguhan, sesungguhnya dia pada waktu ini sedang ditanya [di dalam kuburnya].”
Nota:
*Kitab fiqh karangan beliau ini adalah sebuah kitab yang diterima dan disambut baik oleh masyarakat Islam khususnya di Damsyiq, Syria – sebuah bandar yang dipenuhi para ulama’, sehingga dikatakan hampir-hampir tidak ada rumah di sana yang tidak ada di dalamnya kitab beliau yang barakah ini.
Semoga bermanfaat.
Demikian Artikel " Hukum Membaca Al-Qur'an dan Menghatamkan Di Sisi Kubur Mayit "
Semoga Bermanfaat
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jamaah -