Hikmah Membaca Al-Qur'an di Sisi Kubur Untuk Mayit

HIKMAH MEMBACA AL-QUR'AN DI SISI KUBUR UNTUK MAYIT

RUMAH-MUSLIMIN.COM - Al-Imām al-Faqīh Zayn al-Dīn bin ʿAlī al-Malībārī al-Shāfiʿī (w.928H): 

Hikmah Bacaan Al-Quran di sisi Kubur Si Mayit

Di antara hikmah tambahan bagi pembacaan Al-Quran di sisi kubur si mayit sebelum berdoa ialah agar:

[i] doa yang dilakukan bagi si mayit lebih diharapkan untuk dikabulkan serta

[ii] si mayit mendapat keberkatan bacaan Al-Quran tersebut. 

Al-Imām al-Faqīh Zayn al-Dīn bin ʿAlī al-Malībārī al-Shāfiʿī (w.928H) menyebut di dalam kitabnya “Fatḥ al-Muʿīn”, muka surat: 433:

وقد نص الشافعي والأصحاب على ندب قراءة ما تيسر عند الميت والدعاء عقبها، لأنه حينئذ أرجى للإجابة، ولأن الميت يناله بركة القراءة كالحي الحاضر لا المستمع، قال ابن الصلاح: وينبغي الجزم بنفع: (( اَللّٰهُمَّ أَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُهُ ))

“Dan sesungguhnya [Imam] Syafie dan para aṣḥāb (ulama’ mujtahid mazhab Syafie) telah mengatakan bahawa disunatkan membaca sebahagian [kadar] yang sesuai [daripada Al-Quran] di sisi [kubur] si mayit dan berdoa [buat si mayit] selepasnya:

[i] kerana doa pada waktu itu lebih diharapkan untuk diterima, dan 

[ii] kerana si mayit akan mendapat keberkatan bacaan Al-Quran 

seperti orang hidup yang hadir, bukan seperti pendengar [kerana mendengar perlu kepada niat, dan si mayit tiada baginya niat].”

$ads={1}

[Al-Imām al-Ḥāfiẓ] Ibnu al-Ṣalāḥ [al-Shāfiʿī] (w.643H) berkata: “Dan hendaklah dijazamkan (diyakinkan) [sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mayit] dengan doa: 

اَللّٰهُمَّ أَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُهُ

“Ya Allah, sampaikan pahala apa yang telah aku bacakan [daripada Al-Quran kepada si mayit].”** [Selesai terjemahan]

Nota:

Pahala (thawāb) bacaan Al-Quran dan keberkatan (barakah) bacaan Al-Quran adalah dua perkara yang berbeda. Pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mayit dengan doa; dan keberkatan bacaan Al-Quran diperolehi dengan bacaan Al-Quran di sisinya (tempat bacaan tersebut). [Rujuk Ḥāshiyat Iʿānat al-Ṭālibīn].

**Di dalam amalan tahlil arwah yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysi, doa hadiah pahala kepada si mayit dibacakan setelah sempurna bacaan al-Quran dan zikrullah, maka pahalanya sampai kepadanya dengan yakin atau jazam seperti kata al-Imām al-Ḥāfiẓ Ibnu al-Ṣalāḥ al-Shāfiʿī (w.643H).

Semoga bermanfaat.

Oleh: Ustadz Abdullaah Jalil

Demikian Artikel " Hikmah Membaca Al-Qur'an di Sisi Kubur Untuk Mayit "

Semoga Bermanfaat

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jamaah - 

Redaksi

Rumah Muslimin Grup adalah Media Dakwah Ahlusunnah Wal jama'ah yang berdiri pada pertengahan tahun 2017 Bermazhab Syafi'i dan berakidah Asyariyyah. Bagi sobat rumah-muslimin yang suka menulis, yuk kirimkan tulisannya ke email kami di dakwahislamiyah93@gmail.com

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama
close