ARTI AL-SAWAD AL-A'ZHAM
RUMAH-MUSLIMIN.COM - Al-Sawād al-Aʿẓam itu adalah perkara yang telah diperintahkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk kita mengikutinya
Al-ʿAllāmah Shahīd al-Miḥrāb Prof. Dr. Muḥammad Saʿīd Ramaḍān al-Būṭī menyebut di dalam khutbah Jumaat beliau bertajuk: ”Al-Ashāʿirah dan Al-Māturīdiyyah” pada 20 Syawal 1425 Hijrah bersamaan 3 Disember 2004 Masihi:
من هم الأشاعرة والماتريدية؟ هم اللسان الناطق والمترجم لعقيدة السواد الأعظم لهذه الأمة، والسواد الأعظم هو ما قد أمر المصطفى صلى الله عليه وسلم باتباعه (( عَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ )) والأحاديث التي تركز على ضرورة اتباع السواد الأعظم من الأمة الإسلامية كثيرة، وقد بلغت فيما ذكره كثير من العلماء إلى درجة التواتر المعنوي. أجل، كلها بألفاظ متنوعة مختلفة تدعوا إلى اتباع السواد الأعظم، لا السواد الأعظم من العالم، وإنما تدعوا إلى السواد الأعظم من المسلمين.
“Siapakah mereka al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah?.
Mereka adalah lisan yang berkata dan menterjemahkan akidah al-Sawād al-Aʿẓam (majoriti ulama’ dan umat Islam).
Dan al-Sawād al-Aʿẓam itu adalah perkara yang telah diperintahkan oleh Rasulullah al-Muṣṭafā صلى الله عليه وسلم untuk kita mengikutinya, dengan sabdaan Baginda صلى الله عليه وسلم:
عَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ
(Hendaklah kamu semua berpegang dengan al-Sawād al-Aʿẓam).
$ads={1}
Dan hadith-hadith yang menegaskan tentang kepentingan mengikut al-Sawād al-Aʿẓam daripada kalangan umat Islam adalah begitu banyak. Bahkan sesungguhnya hadith-hadith tersebut sebagaimana yang disebut oleh banyak para ulama’ telah mencapai darjat Mutawatir Ma’nawi.
Benar, semuanya (hadith-hadith tersebut) dengan lafaz-lafaz yang pelbagai jenis dan bentuk menyeru ke arah mengikut al-Sawād al-Aʿẓam.
Bukan al-Sawād al-Aʿẓam (majoriti) daripada seluruh dunia, akan tetapi hadith-hadith tersebut menyeru ke arah al-Sawād al-Aʿẓam (majoriti) daripada kalangan para Muslimin.”
Sumber: Al-ʿAllāmah Shahīd al-Miḥrāb Prof. Dr. Muḥammad Saʿīd Ramaḍān al-Būṭī (1347H/1929M - 1434H/2013M)
Demikian Artikel " Arti Al-Sawad al-A'zham "
Semoga Bermanfaat
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jamaah -