Perjalanan Syekh Ali Jum'ah Dalam Menuntut Ilmu

PERJALANAN SYEKH ALI JUM'AH DALAM MENUNTUT ILMU

RUMAH-MUSLIMIN.COM - Mawlana Syaikh Dr. Ali Jum'ah حفظه الله تعالى ورعاه menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang bernilai serta ibrah yang amat berharga yang diperoleh darinya :

لقد وفقني الله -سبحانه- من غير حول مني ولا قوة إلى أن أدرُسَ علوم الدين على ما تقتضيه العملية التعليمية من أستاذ ومنهج وكتاب وجو علمي، 

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memberikan taufiq kepadaku - tanpa ada daya dan upaya dariku - untuk mempelajari ilmu-ilmu agama diatas proses pembelajaran yang mewajibkan kepadanya, guru, manhaj, kitab ilmu dan suasana ilmu. 

وأدعو الله أن يهب لي الشروط التي نص عليها الإمام الشافعي :

أَخِي لَنْ تَنَالَ الْعِلْمَ إِلَّا بِسِتَّةٍ ... سَأُنْبِيكَ عَنْ تَفْصِيلِهَا بِبَيَانِ

ذَكَاءٍ وَحِرْصٍ وَاجْتِهَادٍ وَبُلْغَةٍ ... وَإِرْشَادِ أُسْتَاذٍ وَطُولِ زَمَانِ

Dan aku memohon kepada Allah Ta'ala agar mengurniakan aku syarat-syarat untuk memperoleh ilmu sepertimana dinaskan oleh Imam Al-Syafi'e رضي الله عنه 

Saudaraku, engkau tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara,

aku memberitahu kepadamu perinciannya dengan jelas:

Kebijaksanaan, kemahuan keras, bersungguh-sungguh,

bekal yang cukup, bimbingan guru, dan waktu yang lama. 

ثم مَنَّ الله عليَّ فدَرَستُ من علوم الدنيا والواقع، ثم سافرت عبر الأرض في كل الدول، وشاركت في المؤتمرات والندوات، ودَرَّست علوم الشريعة والقانون والاقتصاد، وناقشت أكثر من مئة رسالة علمية، وساهمت في بناء المؤسسات والجامعات، وتوليت المناصب كأستاذ جامعي وعضو لجنة الفتوى وعضو مجمع البحوث الإسلامية وعضو مجمع الفقه التابع لمنظمة المؤتمر الإسلامي ثم مفتيًا للديار المصرية ، ثم عضو هيئة كبار العلماء بالأزهر الشريف.

Allah Ta'ala telah memberikan kurniaanNya kepadaku maka aku telah menuntut ilmu ilmu tentang dunia dan memahami waqi', realiti semasa, 

Kemudian aku mengembara menelusuri bumi pada setiap negara, 

Aku telah memberi sumbangan di pelbagai konferensi dan seminar, 

Aku telah mensyarahkan pelbagai ilmu, Shariah, undang-undang dan ekonomi, 

Aku telah melakukan perbahasan dalam lebih dari 100 risalah ilmu ,

Aku telah memberikan sumbangan dalam membina pelbagai institut dan universiti,

Aku telah memikul pelbagai jawatan seperti professor universiti, anggota lajnah fatwa, anggota Majma' Al-Buhuth Al-Islamiyyah, anggota Majma' Fiqh bagi organisasi mu'tamar Islam, 

Kemudian menjawat jawatan sebagai mufti Mesir kemudian anggota Hai'ah Kibar Al-Ulama' bil Azhar.

$ads={1}

- ومن هذه الرحلة ترسخ في نفسي :

Daripada pengembaraan ini menjadi kukuh dalam hatiku (beberapa perkara) : 

1 - احترام التراث، وتولد في يقيني نظرية واجب الوقت, وأن السلف الصالح قد بذلوا مجهودهم فحافظوا على الإسلام بتوفيق الله، وبنوا حضارة كبيرة ولابد أن نقوم بواجبنا كما قاموا.

1.) Memuliakan Turath. 

Telah terhasil pada keyakinanku tentang Nazariyyat Wajib Al-Waqt. 

(perkara yang sepatutnya dilakukan dan mesti diutamakan pada sesuatu masa) 

Dan sesungguhnya para salufussoleh رحمهم الله telah mengerahkan segala daya upaya mereka lalu menjaga agama Islam dengan taufiq daripada Allah Ta'ala, 

Dan mereka membina peradaban yang agung, 

Dan kita mestilah mendirikan kewajiban kita sepertimana mereka telah mendirikan kewajiban mereka. 

2 - احترام الزمان، وأنه دائم التغير، وأن الاتصالات والمواصلات والتقنيات الحديثة غيرت البرنامج اليومي للإنسان، ولم يعد يعيش أمسه في يومه ولا يومه في غده، فهو إذن يتعامل مع نسبي غاية في النسبية.

Baca juga: Tips Syekh Ali Jum'ah Agar Senantiasa Menjaga Diri dari Berbuat Dosa

2) Menghormati Zaman

Zaman sentiasa berubah, komunikasi, perhubungan, dan teknologi moden telah mengubah aktiviti harian manusia, 

Manusia tidak kembali hidup seperti zaman dulu, dan ia tidak hidup dimasa depan, 

Manusia berurusan secara relatif, sangat bergantung dengan kerelatifan (mengikut acuan zamannya) 

3 - وإدراك أن الإسلام دين عالمي ودعوة شاملة، وعلى ذلك فلابد من تقديمه بصورته الحقيقية إلى العالم، ولا نكون حائلًا بين الناس والخالق، ولا نكون بسوء فِعالنا وأقوالنا صادين عن سبيل الله بغير علم، وقد حذرنا القرآن من هذه الصفة فقال تعالى: (الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ زِدْنَاهُمْ عَذَابًا فَوْقَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا يُفْسِدُونَ)

3) Memahami bahawa Islam adalah agama yang bersifat universal dan dakwah yang menyeluruh. 

Dan atas maksud itu,kita mestilah mempersembahkan agama Islam dengan gambaran yang sebenar kepada dunia, 

Dan kita tidak menjadi pemisah diantara manusia dengan Sang Pencipta , 

Dan kita tidak menghalang orang lain dari jalan Allah Ta'ala dengan keburukan perbuatan dan kata-kata kita, 

Dan Sesungguhnya Al-Quran telah memberi peringatan terhadap sifat ini, Allah Ta'ala berfirman :

(Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.) 

 وهذا الشعور مؤثر في الاختيار الفقهي، وذلك بخلاف من حَصَرَ نفسه في مذهب بعينه يريد حمل الناس أطْرًا عليه، ضاربًا بعالمية الإسلام عرض الحائط، ضاربًا بلا مبالاة بل بلا رحمة بالدعوة إلى الله، والتي كان يلزمه أن يجعلها نُصب عينيه، وهو يظن أنه حارس القديم وكاهن التراث، والله يعلم كم يفسد في الأرض بحسن نية، أو بجهل وفساد عقل، وهذا الصنف من الناس كثير.

Dan semangat inilah yang mempengaruhi ikhtiar fiqh (pendapat-pendapat yang terpilih dalam fiqh), tidaklah seperti orang-orang yang membataskan dirinya dengan mazhab semata-mata (terikat dengan text nusus mazhab tanpa mempertimbangkan unsur-unsur lain) untuk memberatkan manusia bagi mengawal mereka, melempar kesejagatan Islam kearah dinding, melempar dakwah manusia kepada Allah Ta'ala tanpa rasa peduli bahkan tanpa rahmah, yang sepatutnya perkara-perkara tersebutlah yang mesti berada didepan, 

Ia menyangka bahawa ia penjaga mazhab-mazhab silam dan "pendeta" turath, 

Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa ramai orang yang membuat kerosakan dimuka bumi dengan niat yang baik atau dengan kejahilan dan akal yang rosak, dan golongan manusia seperti ini ramai. 

4 - وحاولت أن أضع معايير الاختيار الفقهي ففتشت في الفقه الوسيع مُفَرِّقًا بين الظني والقطعي، فلا أخرج عن إجماع حقيقي ولا أحقر مجهود السابقين، ولا أقف عنده جامدًا،؛ بل أستأنس به وأفرح بموافقته، وأجتهد رأيي ولا آلو؛ قيامًا بواجب الشهادة التي أمر الله بها الأمة، فقال تعالى: (وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا).

$ads={2}

4) Aku berusaha untuk meletakkan piawaian piawaian pemilihan pendapat pendapat fiqh, 

Maka aku telah mengkaji fiqh islam yang luas, aku membezakan diantara perkara yang bersifat dzonni dan perkara yang bersifat qoth'ie, 

Aku tidak keluar dari Ijmak Hakiki, dan tidak meremehkan usaha para ulama terdahulu, namun aku tidak berpegang dengan pendapat mereka secara jumud bahkan aku mengambilnya sebagai panduan, dan aku gembira jika pendapat aku bersamaan dengan pendapat mereka, dan aku berijtihad dan tidak mencuaikan ijtihad, beramal dengan kewajiban memberi keterangan yang mana diperintahkan oleh Allah Ta'ala kepada ummah, Allah Ta'ala berfirman :

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad ﷺ) satu umat yang terpilih lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah ﷺ pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

5 - وأنا أتصور لو أن الأكابر من العلماء عبر العصور قد قاموا في عصرنا لذهبوا ذلك المذهب، ولقد رأينا علماء الشرق والغرب من أهل الإسلام وغير الإسلام يثنون على هذه الطريقة وتلقى قبولًا عامًا، وهكذا كان الحال عبر العصور مع العلماء المسلمين الذين فهموا الإسلام فلم يُفَرِّطُوا فيه ولم يتعصبوا لمذاهبهم، وعلموا أن الإسلام أكبر من المذاهب والأعراف وأكبر من التاريخ والجغرافيا. 

Baca juga: Ciri-ciri Kelompok Ekstremisme menurut Syekh Ali Jum'ah

5) Aku berpandangan bahawa jika para ulama kibar diseluruh zaman hidup dizaman kita ini, mereka akan melakukan perkara yang sama,dan sesungguhnya kita telah melihat ulama' ditimur dan barat daripada ilmuan Islam dan bukan Islam memuji pendekatan ini dan ianya diterima secara umum, 

Dan seperti itulah halnya ulama Islam pada setiap zaman, yang memahami agama Islam maka mereka tidak mengabaikannya dan tidak pula bersifat ta'asub pada mazhab-mazhab mereka, 

mereka mengetahui bahawa Islam itu lebih besar dari mazhab-mazhab, adat, dan lebih besar daripada sejarah mahupun geografi. 

وفي ظل هذه الرؤية حاولت أن أستخرج الجديد بمناهج القدماء، وحاولت أن أبنيَ وأستكمل تلك المناهج، والتقطت من الأصول والفقه ما فتح الله به ليكون ذلك عونًا لكل مسلم أن يعيش عصره، وأن يحب دينه، وأن يعمر هذا الكون ويشارك في بناء الإنسان وحضارته على أسس ربانية، وأن يدعو إلى الله على بصيرة كما يحب ربنا ويرضى، نسأل الله -تعالى- أن يتقبل أعمالنا وأن ينفع بها إنه سميع قريب مجيب الدعاء.

Dan dibawah naungan visi ini, aku berusaha untuk melakukan takhrij yang baharu terhadap metodologi ulama ulama silam, dan aku mencuba untuk membina dan menyempurnakan metodologi tersebut, 

dan aku memetik daripada prinsip usul fiqh dan fiqh apa yang Allah Ta'ala telah bukakan kepadaku akannya, 

untuk menjadi pembantu bagi setiap muslim untuk hidup di zamannya, dan mencintai agamanya, dan memakmurkan alam, dan menyumbang bagi pembinaan modal insan dan peradaban diatas asas-asas ketuhanan, dan memohon kepada Allah Ta'ala agar dikurniakan Basirah (keterangan dan bukti yang jelas nyata) sepertimana yang diredhai dan dicintai Tuhan kita. 

Kita berdoa kepada Allah Ta'ala agar menerima segala amalan kita dan memberi manfaat dengannya, sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar,Maha Dekat, Maha Mengabulkan Doa. 

أ.د. #علي_جمعة

Semoga Allah Ta'ala memelihara Maulana Syaikh Dr Ali Jum'ah didunia dan diakhirat

Oleh: سعد رانيري

Demikian Artikel " Perjalanan Syekh Ali Jum'ah Dalam Menuntut Ilmu "

Semoga Bermanfaat

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jamaah -

Redaksi

Rumah Muslimin Grup adalah Media Dakwah Ahlusunnah Wal jama'ah yang berdiri pada pertengahan tahun 2017 Bermazhab Syafi'i dan berakidah Asyariyyah. Bagi sobat rumah-muslimin yang suka menulis, yuk kirimkan tulisannya ke email kami di dakwahislamiyah93@gmail.com

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama
close