FAEDAH MENGHADIRI HAUL AKBAR PARA ULAMA' SHOLIHIN
RUMAH-MUSLIMIN.COM - Faedah HAUL para Ulama' Sholihin dengan membaca manaqib dan mengingat keutamaan orang-orang sholeh adalah Sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus dari Sayyidina Mu'adz bin Jabal رضي الله عنه :
ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة
Maksudnya :
"Mengingat keutamaan para Nabi adalah ibadah, mengingat orang-orang sholeh adalah kaffaroh, mengingat mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kepada syurga."
( Al Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir dan al-Munawi didalam Faidhul Qadir ).
~ Al Imam Muhammad bin Yunus رحمه الله تعالى berkata:
ما رأيت أنفع للقلب من ذكر الصالحين
"Tidaklah aku melihat sesuatu yang lebih manfaat bagi hati daripada mengingati riwayat hidup orang-orang sholeh."
$ads={1}
~ Al Imam Sufyan bin Uyainah
رحمه الله تعالى
mengatakan :
عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
"Tatkala ditururkan ( manaqib ) orang-orang sholeh, maka turunlah rahmat."
~ Al Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata :
"Hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan lentera dari lentera-lenteranya Alloh Ta'ala, dimana Alloh menetapkan hati para auliya'-Nya dengan kisah-kisah tersebut.
Lalu Imam Junaid Al Baghdadi ditanya seseorang tentang hal itu : "Apakah engkau mempunyai dasar dari perkataanmu itu?"
Baca Juga: Kecintaan Seorang Jamaah Yang Rela Menabung Hanya Untuk Ikut Acara Haul Abah Guru Sekumpul
Beliau menjawab :
"Dalil atau Hujjah bagi kenyataannya itu adalah firman Alloh SWT : "Dan semua kisah-kisah Rosul-rosul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu". (Surah Hud, ayat :120)."
~ Imam Abu Hanifah berkata : "Kisah-kisah para ulama dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai daripada banyaknya (masalah) fiqih, kerana kisah-kisah tersebut mengandungi adab-adab dan akhlaq mereka".
~ Faedahnya lagi, dengan membaca manaqib maka akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepada shohibul haul, yang mana dia dari golongan auliya' dan sholihin.
Maka di dalam sebuah hadits riwayat dari Imam Abu Dzar رضي الله عنه, beliau berkata :
"Wahai Rosululloh..!! Seorang lelaki mencintai suatu kaum sedangkan ia tidak mampu beramal dengan amalan mereka.
$ads={2}
Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
"Engkau, wahai Abu Dzar... engkau akan dikumpulkan bersama orang yang engkau cintai."
Mudah-mudahkan kita digolongkan dan dikumpulkan oleh Alloh SWT bersama para auliya'-NYA barokah cinta kita kepada para Ulama' Sholihin dan guru kita...
Baca Juga: Dalil diperbolehkannya HAUL setiap tahun
آمين آمين آمين يارب العالمين بسر أسرار الفاتحة....
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد...
Oleh: Musthofiyah El Jamilah
Demikian Artikel " Faedah menghadiri Haul Akbar Para Ulama Sholihin "
Semoga Bermanfaat
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jama'ah -