Inilah Sebab Kenapa Didalam Islam Perempuan Sangat Berbahaya Bagi Lelaki

INILAH SEBABNYA KENAPA DIDALAM ISLAM PEREMPUAN SANGAT BERBAHAYA BAGI LELAKI

Kalaulah orang perempuan itu tahu betapa mereka itu berbahaya buat orang lelaki, pasti mereka tak akan mahu untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.

Sayyidina Umar Al-Khattab, moga Allah meridhoinya berkata, "Aku lebih rela berjalan dibelakang singa daripada berjalanan dibelakang wanita." .

Baca Juga :

Shalawat Dari Rasulullah SAW Yang Di Berikan Kepada Habib Umar Melalui Mimpinya

Dalam sebuah hadits, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

ما تَركْتُ بعدي فتنة أضرَّ عليكم من النساء

حديث متفق عليه، رواه البخاري و المسلم

Mafhummya: "Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih bahaya ke atas kalian daripada (fitnah) wanita."

[Hadits Muttafaqun 'alaih, Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Sayyidah Fatimah Al-Batul menjawab ketika di soal oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah, "Yang terbaik bagi seorang perempuan itu bahawa dia tidak memandang lelaki dan tidak pula dipandang oleh lelaki." .

Dalam Hadits Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

خير مساجد النساء قعر بيوتهنَّ

حديث حسن رواه احمد

Mafhumnya, "Sebaik baik masjid bagi orang perempuan adalah tempat yang tersembunyi didalam rumah mereka." Ini untuk tujuan sholat saja yang paling afdhal untuk perempuan adalah mereka sholat di rumah, maka bagaimana pula untuk kerja-kerja lain?.

$ads={1}

Baca Juga :

- Makna Rukun Iman dan Rukun Islam di dalam Al-Qur'an

Sedangkan sholatlah yang paling utama dalam hidup sebagai seorang hamba Allah itu pun disarankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa tempat yang terbaik adalah dirumah mereka.

Untuk orang lelaki, mintalah perlindungan daripada Allah, moga-moga Allah memelihara kita daripada terjatuh dalam fitnah wanita selain daripada fitnah ulama jahat dan fitnah Dajjal.

Faedah daripada Guru Mulia Habib Hussein Al-Haddar, "Sebahagian ulama berkata, jika terdapat di dalam rumah itu satu ruangan atau bilik yang dikhaskan untuk ibadah, maka orang perempuan boleh berniat iktikaf disitu dan insyaAllah, akan diganjarkan pahala seperti mana orang lelaki yang beriktikaf di masjid.

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

  

Redaksi

Rumah Muslimin Grup adalah Media Dakwah Ahlusunnah Wal jama'ah yang berdiri pada pertengahan tahun 2017 Bermazhab Syafi'i dan berakidah Asyariyyah. Bagi sobat rumah-muslimin yang suka menulis, yuk kirimkan tulisannya ke email kami di dakwahislamiyah93@gmail.com

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama
close