KISAH PERJALANAN SPIRITUAL SYEIKH MUHAMMAD NAZIM ADIL AL-HAQQANI DAN KUNJUNGANNYA KE PONDOK PESANTREN SURYALAYA
KUTIPAN DARI SALAH SATU KAROMAH ABAH ANOM
AL-FATIHAH BUAT ABAH
""Kunjungan ke Wali Agung Di
Timur Jauh (Kunjungan ke Pondok Pesantren Suryalaya,Indonesia menemui Syaikh Maulana Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin qs. 05 Mei th.2001)
Syeikh pernah bertanya dalam diri Beliau: siapakah manusia yang paling IKHLAS di dunia saat ini? Allah SWT menjawab pertanyaan beliau dalam mimpinya, manusia yang paling IKHLAS saat ini adalah seorang HAMBAKU yang berada di Timur Jauh (Asia Tenggara) yang bernama Shohibul Wafa.
Sejak saat itu nama dalam mimpi beliau itu tidak dapat beliau lupakan, ada perasaan rindu untuk bertemu dengan seseorang yang bernama Shohibul Wafa, getarannya sangatlah kuat.
Tahun 2001 setelah berkesempatan untuk mengunjungi Jakarta terasa getaran itu semakin kuat untuk bertemu dengan sosok kekasih Allah yang bernama Shohibul Wafa. Bukankah dalam mimpi beliau Shohibul Wafa sudah disebut Allah sebagai hambaKU. Tidak banyak manusia diakui oleh Allah sebenar-benar hambaNya. Beliau dan rombongan akhirnya dari Jakarta menuju Bandung untuk selanjutnya menuju Pesantren Suryalaya mengunjungi dan bersilaturahmi dengan saudara beliau yang bernama Shohibul Wafa.
Berikut ini Pidato Syaikh Nazim Adil al-Haqqani,Mursyid Thoriqah Naqsyabandi Haqqani di Pondok Pesantren Suryalaya tgl.05 Mei 2001
“Banyak para alim ulama dan para cendikiawan muslim memberikan pengetahuan agama kepada umat, pengetahuan itu bagaikan lilin-lilin, apalah artinya lilin-lilin yang banyak meskipun lilin-lilin itu sebesar pohon kelapa kalau lilin-lilin itu tidak bercahaya. Dan cahaya itu salah satunya berada dalam qalbunya beliau ( Syekh Ahmad Shohibul Wafa Tajul ‘Arifin).
Saya tidak tahu apakah Nur Illahi yang dibawanya akan putus sampai pada beliau saja, atau masih akan berlanjut pada orang lain. Tapi saya yakin dan berharap, sesudah beliau nanti masih akan ada orang lain yang menjadi pembawa Nur Illahi itu.Siapakah orangnya, saya tidak tahu.
Maka Anda sekalian para hadirin, ambillah Nur Illahi itu dari beliau saat ini. Mumpung beliau masih ada, mumpung beliau masih hadir di tengah kita, sulutkan Nur Illahi dari qalbu beliau kepada qalbu anda masing-masing. Sekali lagi, dapatkanlah Nur Ilahi dari orang-orang seperti Syekh Ahmad Shohibulwafa Tajul ‘Arifin.
Dari qalbu beliau terpancar pesan-pesan kepada qalbu saya. Saya berbicara dan menyampaikan semua pesan ini bukan dari isi qalbu saya sendiri. Saya mengambilnya dari qalbu beliau. Di hadapan beliau saya terlalu malu untuk tidak mengambil apa yang ada pada qalbu beliau. Saya malu untuk berbicara hanya dengan apa yang ada pada qalbu saya sendiri.” -tamat ringkasan pidatonya
--Pidato Syaikh Nazim diatas juga pernah dimuat di Majalah Sufi “Lilin-lilin tapi tidak bercahaya”
Bagi mereka yang mencintai perjalanan kerohanian, dan berkesempatan berhadapan dengan Abah Anom di Suryalaya, pasti akan terasa kehaibatannya dan getarannya yang mengharukan, kerana beliau ibarat ''bapak'' kita. Ramai yang menangis bila berhadapan dengan Abah buat kali pertamanya samada penziarah itu termasuk dari para pengikutnya mahupun selain mereka. Ketika ingin pulang ke tanah air sahaja, akan terasa kesedihan yang amat sangat, persis perasaan yang sama ketika meninggalkan 'Ka'batullah '. Alfaqir sendiri mengalami perkara yang sama, walaupun berkali-kali berkujungan ke Surayalaya, yang anehnya, ketika detik-detik ingin pulang, kita terasa seolah-olah tidak dapat berjumpa dengan Abah lagi..ada yang memeluk Abah dengan eratnya, ada yang menangis tidak terkawal dan sebagainya. Mengikut hemat alfaqir, ini adalah kesan bagi maqam 'ka'batul wasilin' yang pernah diberikan Allah SWT kepada Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani q.s.
Kejadian sama berlaku ketika Syaikh Nazim berkunjungan ke Abah, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Abah yang berkerusi roda di dalam madrasah ketika itu, Sheikh Nazim beserta rombangan meninggalkan madrasah keluar ke mobil-mobil masing-masing untuk berangkat pulang, anehnya apabila semua sudah berada di dalam kenderaan masing-masing, Syaikh Nazim masih belum menaiki mobilnya, beliau seolah-olah tidak terdaya untuk naik kenderaannya , beliau patah balik masuk ke madrasah mengucapkan selamat jalan buat kali keduanya kepada Abah. Ini berlaku sehingga 3 kali, masuk madrasah keluar balik, masuk madrasah keluar balik,....... Syaikh Nazim 'tidak berdaya menaiki kendaraannya 'mungkin' oleh kerana perasaan cinta dan kasih yang amat sangat mencegahnya untuk berpisah dengan Abah Anom.
Abah mengesan perasaan yang menyelimuti Syaikh Nazim, Abah meminta para pembantunya agar beliau di bawa keluar dari madrasah sehingga mengiringi para tetamu di lapangan perpisahan di hadapan kenderaan mereka masing-masing. Ketika itu Syaikh Nazim berjumpa sekali lagi dengan Abah Anom mengucapkan 'Selamat Jalan'nya yang terakhir. Pada waktu itu satu , Abah mengeluarkan dari sakunya sebentuk cincin permata merah di hadiahkan kepada Sheikh Nazim. Barulah Sheikh Nazim kelihatan kuat untuk meninggalkan tempat itu.
Sebahagian dari karomah Abah yang masyhur , apabila ingin memberi sesuatu kepada orang-orang yang di sayangi, cukup dengan menyeluk sakunya , akan adalah cincin atau tasbih atau apa sahaja yang di tentukan Allah SWT buat ketika itu.
Dari berbagai sumber.
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim