️
TANGISI DIRIMU DARI SEGALA DOSA YANG ADA
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani رضى الله عنه mengatakan, “Allah yang paling berhak menjadi tumpahan harapan dan rasa takut.
️Bahkan, sekalipun Dia tak menciptakan syurga dan neraka. Taatlah kerana Allah semata! Bukan kerana harapan pahala-Nya dan takut terhadap siksa-Nya!
Mentaati-Nya adalah melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya, serta menerima segala takdir-Nya.
️Maka, bertaubatlah kepada-Nya. Merataplah di hadapan-Nya.
Tunjukkanlah kehinaan dirimu dengan cucuran air mata dan tangisan kalbumu! Menangis adalah ibadah, kerana itu merupakan bentuk kehinaan diri di hadapan-Nya, Jika kalian mati dengan membawa taubat, niat tulus dan amal soleh, maka Allah Azza Wa Jalla akan menyelamatkan kalian!”
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fathu ar-Rabbani
Copas Status Habib Buce Al Haddad
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim