KENAPA WANITA SHALIHAH ITU SEBAIK-BAIKNYA PERHIASAN DUNIA?
Ditanyakan kepada Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz tentang kenapa wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan dunia.
Maka jawab Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz :
“Kerana wanita itu adalah sebab dan faktor utama terciptanya ketenangan dan kebaikan sesama manusia. Dari dalam dirinya yang solehah itu terhasil kebahagiaan di dalam rumahtangga dan masyarakat. Apabila wanita itu mengetahui betapa besar dan peranannya dalam membawa kedamaian dan keamanan kepada alam sejagat, nescaya dia akan tahu bagaimana perlunya dia memainkan peranan sebagai isteri, ibu dan anak".
(Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz)
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim