MANAQIB SYEIKOH SULTHONAH BINTI ALI AZ-ZABIDI
[Rabi'atul Adawiyah Handramawt]
Diceritakan oleh Al Imam Al Quthub Al Habib Ali bin Muhammad bin Husein Al Habsyi (Shohibul Maulid);
bahawasanya di Yaman ada seorang wali agung perempuan yang bernama Syeikhoh Sulthanoh Rodhiallahu 'Anha. Beliau memiliki gelaran Robi'atul Adawiyah Yaman Handramaut .
Pekerjaan beliau ini setiap waktunya bahkan setiap hembusan nafasnya selalu berselawat . Dan lebih hebatnya lagi , beliau ini tiada pekerjaan lain selain selawat kecuali di saat waktu solat tiba .
Pada suatu ketika beliau mendapat suara ghaib , yang meminta beliau untuk minta apa saja , dan permintaan pasti dikabulkan. Namun beliau sebagai seorang ahli tasawwuf yang mursyid , jadi beliau tidak langsung mengucapkan permintaanya. Situasi ini pernah terjadi pada Sheikh Abdul Qodir Al Jailani .
Beliau menemui Guru beliau dari keluarga Baqushoir dan menanyakan kepada Guru beliau . "apakah ada di dunia ini ada maqom kewalian yang tidak ada lagi maqom sesudahnya?" jawab Guru beliau ; "Ada, yakni bertemu secara jaga dengan Rasulullah saw"
kemudian Syeikhoh Sulthanoh meminta agar dipertemukan secara jaga dengan Baginda saw . Seketika itu juga Rasulullah saw ada di hadapan beliau. ALLAHUAKHBAR !!!
Pada zaman beliau banyak orang titip salam kepada Rasulullah saw melalui beliau, bahkan Rasulullah saw titip menasihati kepada Syeikhoh Sulthanoh untuk orang sekitar beliau .
Bahkan Syeikhoh Sulthanoh berani menjamin syurga bila orang-orang berziarah ke tempat beliau pada hari isnin akhir bulan. dikeranakan itu Rasulullah saw hadir di tempat beliau. Begitu tingginya maqam kewalian beliau , sehingga beliau mengetahui maqom kewalian setiap orang . kecuali dua orang yang beliau tidak boleh ketahui yakni Al Imam Al Faqih Al Muqoddam Ats-tsani Al Habib Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Maula Addawilah . dan anak beliau Al Quthub Al Imam Al Habib Abu Bakar As Sakron . yang mana Syeikhoh Sulthonah pernah hidup sezaman dengan dua orang Habib ini .
Maqom mereka tidak diketahui dan tidak dijangkau oleh Syeikhoh Sulthonah kerana begitu tingginya. Setiap kali Syeikhoh Sulthonah mahu mengejar maqam mereka, maka maqom mereka meleset begitu cepat seperti cahaya dan jauh ke atas .
Kata Syeikhoh Sulthonah lagi ,Beliau boleh mengetahui siapa saja di antara wali-wali yang berkunjung kepada beliau ,kecuali dua orang yakni [yang ana sebutkan tadi] Kerana mereka biasa langsung ada dihadapan Syeikhoh Sulthonah .
Hanya saja, kata beliau apabila Al Habib Abu Bakar mahu bertemu, pasti ditandai dengan suara ghoib dari langit yang mengatakan. "Telah datang seorang sulthon anak dari seorang sulthon"
Ya Syeikhoh Sulthonah , Al Habib Abu Bakar As Sakron adalah seorang Sulthonul Auliya yang terkenal dari lapisan bumi yang paling bawah hingga ke seluruh langit . Dan ayah Beliau pun seorang Sulthonul Auliya .
Demikianlah bagaimana maqom seorang Auliya Allah swt yang bertemu secara langsung dengan Baginda saw di alam jaga.Begitu tingginya dan begitu mulianya mereka. kata Al Habib Ali Bin Muhammad Al Habsyi , apa lagi dengan para sahabat nabi saw .mereka bertemu secara langsung dengan Rasulullah saw secara nyata .
Sedangkan para wali hanya bertemu dengan Rasulullah saw pada alam lain. Sunguh bertemu Rasulullah saw secara jaga melebihi nikmat syurga sekalipun .Sungguh Para Sahabat Nabi saw sudah mendapatkan syurga firdaus itu sebelum memasukinya .
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim