Didiklah Seorang Anak Seperti Terdidiknya Anak-anak Tarim


DIDIKLAH SEORANG ANAK SEPERTI TERDIDIKNYA ANAK-ANAK TARIM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dari dalam kandungan lagi, anak ahli tareem telah diberi makan dengan zikrullah dan selawat serta Tilawatul quran.. Ibunya pasti amat menjaga pemakanan dirinya dari memakan makanan syubhah apatah lagi yang haram.

Kenapa?

Kerana apa yang dimakan itu akan membentuk akhlak anaknya yang berada dalam kandungannya itu. Begitu juga apabila dilahirkan. Mereka hias rumah dan menidurkan bayi dengan suara tilawatul quran dan zikrullah sentiasa.. Diberi makanan buatan tangan mereka sendiri. Mereka pastikan apa yang dimakan itu semuanya halal. Subhanallah..

Bagi ibu yang tidak banyak susu, bagaimana mereka susukan bayi ? adakah dengan menggunakan tin susu lembu dipasaran? Tidak sesekali mereka akan buat sebegitu. Yang tiada susu, akan beri minum air madu atau beri kepada ibu susuan.

Ada seorang habib(ana dh terlupa apa nama beliau), katanya "setiap malam sejak dari umurku 3 tahun, ayah dan ibuku selalu membangunkanku di tengah malam hanya untk mengucap La ilaha illallah.. sampailah umurku 7 tahun, aku langsung tidak pernah meninggalkan solat qiamullail sehingga aku tua. Apabila selesai mengucap la ilaha illallah, barulah mereka membenarkanku untuk tidur semula."

Ketika ibu mereka ingin memberikan susu, pasti akan dibaca bismillah terlebih dahulu. Bagaimana seorang ibu dan ayah ingin menghiaskan akhlak kepada seorang anaknya, pasti ia akan menghiaskan akhlak pada dirinya terlebih dahulu.

Dari kecil telah diajar surah kecil2 berserta azkar(zikir)."Ana(ukhti syauqul muhibbin) sungguh kagum dengan anak ahli tareem,, ketika ana menghantar adik ana yang berusia 5 tahun, yang baru ingin bermula masuk kelas tadika, ana dapati anak ahli tareem yg seumur dengan adikku juga baru nak masuk sekolah. Mereka telah menghafal bacaan dalam solat dan azkar(zikir) selepas solat. subhanallah.."

Darimana mereka belajar semua ni?
Bukan itu sahaja, malah sunnah2 Nabi SAW juga diajarnya,,
semua bawak siwak(kayu sugi) ke madrasah..
Allah..Allah..
sungguhku kagum dengan akhlak mereka,,
di ajar membaca dan menulis,,
di ajar cara nak solat, tapi jika dilihiat, seolah-olah mereka sudah pandai,,
di ajar mengira dan lain2.
mereka sangat menekan pd sunnah..

Tapi ketika 5 tahun tu, bagaimana dengan quran mereka?
semua sudah boleh baca dengan baik?
x semua,, tetapi surah2 kecil sudah dihafalnya..
sikit2, tidak semua.

barakallahufiha alfu barakah..

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

Redaksi

Rumah Muslimin Grup adalah Media Dakwah Ahlusunnah Wal jama'ah yang berdiri pada pertengahan tahun 2017 Bermazhab Syafi'i dan berakidah Asyariyyah. Bagi sobat rumah-muslimin yang suka menulis, yuk kirimkan tulisannya ke email kami di dakwahislamiyah93@gmail.com

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama
close