CONTOHI RASA SABAR WANITA SYURGA SAYYIDAH ASIAH BINTI MUZAHIM
" Memang menjadi idaman setiap wanita untuk mendapatkan suami yang soleh, yang lembut, setia, memahami, bertutur kata halus, berilmu, membimbing, bertanggungjawab dan lain-lain lagi. " .
" Namun harus diingati, saat ini kita hidup didunia, bukan di syurga. Dunia adalah negeri ujian, bukan negeri pembalasan. Kerana itu sebaik-baik suami tentu sahaja ada kekurangannya. Dan seburuk-buruk suami pasti juga ada sisi kebaikannya. " .
" Setiap kali wanita ada masalah akibat dari perlakuan suami, hendaklah dia bersabar. Kesusahan yang dihadapi dengan sabar semata-mata ingin memperoleh ridha Allah akan menghapuskan dosa dan kesalahan seorang hamba."
" Lihatlah Sayyidah Asiah salah Satu pemimpin para wanita ahli Surga yang bersuamikan firaun yang sangat jahat, Tiada manusia sejahat firaun, lihatlah Sayyidah Asiah bersabar , lalu syurga buatnya. Bukannya dia meratapi nasib dan menyesali diri. Inilah antara sikap wanita syurga patut di contohi."
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim