Kisah Yahudi Selamat Berkat Doa Sayyidina Ali k.w.



Al-Fawa'id al-Mukhtarah lil Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith :

KISAH YAHUDI SELAMAT BERKAT DO'A SAYYIDINA ALI K.W

Al Habib Ahmad bin Hasan al-Attas telah meriwayatkan sebuah kisah yang sangat ajaib dalam sejarah. Beliau mengatakan kisah ini telah dibawa oleh perawi yang tsiqah (terpercaya) dan soduq (jujur lagi benar). Ianya berkenaan dengan kisah pengembaraan Habib Eidrus bin Husain al-Eidrus di negara Khurasan kira kira 100 tahun yang lalu.

Dalam meneruskan perjalanan beliau dari Kabul menuju Tehran, beliau telah sampai ke sebuah perkampungan .Disitu beliau telah mendengar perihal seorang lelaki Yahudi yang hidup sejak zaman Sayyidina Ali (ra). Ribuan penduduk yang hidup dikampung tersebut adalah cucu cicit kepada lelaki tersebut.

Habib Eidrus terdetik ingin menziarahinya , beliau pun dibawa kerumah lelaki tersebut, kelihatan dirumahnya orang datang berduyun-duyun keluar masuk menziarahinya. Beliau masuk dan mendapati lelaki Yahudi itu terbaring diatas katil. Si Yahudi itu mebuka kelopak matanya yang telah menggelebeh ke bawah kerana usia yang sangat tua. Dia dapat mengenali tetamu dihadapannya ini adalah orang Arab.

Habib Eidrus "Apakah yang menyebabkan usiamu begitu panjang sehingga dapat hidup ke kurun ini ?"
Si Yahudi "Karena berkat doa Sayyidina Ali , aku telah mengenali beliau sejak sebelum itu lagi, ketika perang Khaibar, pedangnya hampir membunuhku, aku katakan kepadanya jangan bunuh aku wahai Ali, aku kawan lama mu. Kemudian Sayyidina Ali (ra) melepaskan aku dengan doa Engkau tidak akan mati kecuali dalam Islam ."

Yahudi "Sejak aku dijanjikan olehnya dengan Islam dan yakin keatas perkataannya , aku meneruskan kehidupanku sebagai Yahudi dan melambatkan keislamanku kerana ingin hidup panjang dan insyallah aku akan masuk Islam bila aku sudah puas hidup."

Habib Eidrus pun beredar dari situ, setelah perjumpaan itu , berita telah sampai kepada Habib Eidrus bahwa lelaki Yahudi itu telah masuk Islam dan tidak lama setelah itu dia mati dalam keadaan Islam. Tahun kematiannya jatuh pada 1902M / 1324H.

Wallahu a'lam Bishowab

Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Shobihi wasalim
   
Redaksi

Rumah Muslimin Grup adalah Media Dakwah Ahlusunnah Wal jama'ah yang berdiri pada pertengahan tahun 2017 Bermazhab Syafi'i dan berakidah Asyariyyah. Bagi sobat rumah-muslimin yang suka menulis, yuk kirimkan tulisannya ke email kami di dakwahislamiyah93@gmail.com

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama
close