KEUTAMAAN MELAZIMKAN SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI
KEUTAMAAN MELAZIMKAN KALIMAT
"سبØان الله Ùˆ بØمده"
“Diceritakan oleh Al-Imam Al-Quthub Al-Habib Hasan bin 'Abdullah bin Alwi Al-Haddad rahimahUllah (putra imam haddad) bahwa sepanjang tempoh 40 hari sebelum wafatnya Al-Imam Al-Quthbl'Irsyad Al'Ghautsul'Ibad Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad rahimahUllah, Beliau banyak berzikir dengan dua kalimah tasbih tersebut.
Pasti pilihan Imam al-Haddad untuk memperbanyakkan hari-hari akhirnya di muka bumi yang fana ini dengan ucapan tersebut punya rahsia yang tertentu. Sesungguhnya, dua lafaz tasbih tersebut merupakan suatu lafaz zikir yang jami` menghimpunkan ganjaran dan balasan yang tidak terkira-kira.
Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad rahimahUllah
Al-Imam Al-Alamah Al-Arifbillah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad rahimahUllah, Menulis dalam karya beliau "Miftaahul Jannah" pada halaman 146 penjelasan berikut :
“Dan kubentangkan kepada pembaca karanganku ini akan satu faedah yang telah aku perolehi daripada sebahagian awliya` mengenai ucapan zikir
"سبØان الله Ùˆ بØمده ".
Beliau menyatakan seperti berikut: ”Sesungguhnya penghayatan kepada makna " Ùˆ بØمده " memasukkan orang yang berzikir dengannya ke lapangan ma'rifah yang luas, yang dengannya diketahui akan rahsia penggandaan dan pertambahan amalan-amalan dan keberkatannya. Yang sedemikian itu adalah kerana dhomir (gantinama) pada kalimah " Ùˆ بØمده " kembali kepada Allah jalla wa 'ala. Maka apabila engkau melafazkan
" سبØان الله Ùˆ بØمده ", yang engkau maksudkan ialah "Aku mensucikanNya dengan pujianNya (yakni aku memuji Allah dengan pujian Allah bagi diriNya)", dan adalah pujianNya bagi DiriNya itu qadim (tiada permulaan) kerana Allah bersifat dengan Qidam dan kekal abadi dengan keabadianNya (yakni berkekalan selama-lamanya kerana Allah bersifat kekal abadi tiada kesudahan). Ini menjadikan ucapan tersebut tiada dapat dihinggakan bilangannya (bersifat "infinity") dan tiada dibatasi sebarang had batasan. Maka dengan ucapan tersebut, engkau memuji Allah dengan pujianNya sendiri bagi diriNya (yakni puji Qadim bagi Qadim) dan bukannya engkau memujinya dengan pujian engkau sendiri.”
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim